Bujang Senang

Bujang Senang

15 Ogo 2016

Adakah Mahathir Memperjudikan Legasinya Dengan Menentang Najib?



Dalam Bahasa Malaysia, frasa sakit hati bermaksud “sakit dalam hati” (“pain in the heart”).

Sakit hati, sama ada secara literal atau kiasan, menggambarkan kehidupan seharian bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad minggu lepas.

Dia berada di hospital untuk rawatan penyakit berkaitan dengan jantungnya apabila landasan politik barunya – Parti Pribumi Bersatu Malaysia – ditubuhkan.

Parti baru itu merupakan hasil rasa sakit hati Mahathir terhadap Perdana Menteri Najib Razak. Mahathir menuduh Najib kononnya terlibat dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahathir bersara pada 2003, selepas 22 tahun menyandang jawatan Perdana Menteri. Dia juga banyak mengkritik pengganti pilihannya, Abdullah Badawi, tetapi hanya dengan Najib beliau berperang berhabis-habisan.

Kegagalan 1MDB telah menyebabkan Malaysia kehilangan berbilion dolar dana, kejatuhan mata wang dan penghinaan antarabangsa. Serangan terbaru datang daripada DoJ AS, di mana ia menyerang orang terdekat Najib.

Kroni-kroni telah didakwa menggunakan dana itu sebagai pendapatan peribadi untuk membeli penthouse, lukisan Monet dan Van Gogh dan juga membuat rawatan anti-penuaan.

Menurut seorang pengkritik, Mahathir menghadiri perhimpunan tahun lepas menggesa PM untuk meletak jawatan. Mac ini, beliau keluar parti yang paling berkuasa, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Dia mungkin berharap tindakan simbolik ini dapat menguatkan ahli politik dalam UMNO hingga berani untuk melancarkan satu cabaran dalaman terhadap Najib.

Najib, bagaimanapun, telah terbukti mempunyai daya tahan yang tinggi. Dia seperti ahli politik yang sekuat bank-bank besar yang “terlalu besar untuk gagal” (“too big to fail”). Setelah berhadapan dengan terlampau banyak cabaran, beliau seperti boleh menstabilkan kepercayaan yang goyah, dan dengan pantas menghancurkan pihak lawan.

Wang dari China telah pun menyelamatkan 1MDB dan dia tidak mungkin akan hilang keyakinan diri.

Cabaran kuat daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, telah ditangkis sebaik sahaja ia bermula.

Hanya Mahathir sahaja yang cukup berkuasa untuk menyatukan kuasa-kuasa anti-Najib dalam satu kuasa yang kuat di kalangan orang Melayu, blok pengundi terbesar di negara ini.

Pihak pembangkang telah kehilangan kuasa. Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dipenjarakan atas tuduhan seks.

Parti baru ini  tediri daripada Mahathir sebagai pengerusi, Muhyiddin sebagai Presiden dan anak Mahathir sebagai Timbalan Presiden.

Pada satu tahap, ia sangat mengagumkan melihat seorang yang berusia 91 tahun mengambil tindakan sebegitu.

Pada tahap yang lain, langkah yang diambil Mahathir meletakkan risiko ke atas legasinya sendiri.

Daripada dia bersara atas termanya sendiri, seperti yang dilakukannya pada 2003, dia mungkin akan akan bersara sebagai ‘loser’.

Bukannya keseluruhan anti-Najib menyokong tindakannya yang terkini itu. Banyak jijik dengan keputusannya menubuhkan parti barunya berasaskan politik perkauman.

Parti Pribumi Bersatu menggambarkan masyarakat peribumi (“sons of the soil”)  - iaitu bangsa Melayu yang sama yang membentuk asas UMNO.

 Ini berlawanan dengan Parti Keadilan Rakyat Anwar yang merupakan cubaan – yang diakui mempunyai kejayaan yang terhad – untuk merentasi demografi Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik.

Untuk memahami Mahathir, kita haruslah melihat masa silamnya. Dia merupakan “raja kebangkitan semula” semasa eranya.

Pada 1969, sebagai penyokong muda, beliau menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan, yang hanya menyebabkan dirinya ditendang keluar dari UMNO.

Beliau menghabiskan masa selama tiga tahun dalam berpolitik sebelum membuat keputusan pulang ke parti pemerintah, akhirnya merangkul jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981.

Semangat juangnya mengingatkan kepada musuh lama, Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang meninggal dunia tahun lepas.

Lee dengan terangnya menampakkan naluri campur tangannya, pernah sekali dia memberi amaran bahawa jika sesuatu berlaku kepada Singapura,  “walaupun saya akan dikuburkan, saya akan bangkit jika saya rasa ada sesuatu yang salah.”

Selepas bersara sebagai Perdana Menteri pada 1990, beliau kekal dalam kabinet selama 21 tahun lagi.

 Mungkin Lee lebih mengetahui dirinya, tidak seperti Mahathir – Lee tidak berpura-pura beliau boleh bersara sepenuhnya.

 Daripada campur tangan dengan cara tidak rasmi yang kotor, Lee sentiasa lebih suka campur tangan secara formal dan jujur.

Hanya pada tahun 2011, selepas pilihan raya yang berkesan, yang beliau dipujuk untuk meninggalkan kabinet untuk memberi isyarat kesediaan parti pemerintah untuk berubah.

 Dalam kempen pilihan raya, kenyataan beliau bahawa pengundi akan menyesal dan "bertaubat" jika mereka mengundi pembangkang memakan diri apabila pengundi jenis baru yang tidak menerima dengan baik berasa terancam.

Mengetahui masa untuk mengundurkan diri adalah satu pertimbangan yang cukup kritikal dibuat oleh mana mana pemimpin.

Sejarah membuktikan pemimpin yang bagus selalu gagal dalam menghadirkan penghormatan rakyat terhadap keputusan tersebut.

Sudah tentu, apabila seseorang pemimpin bersara, dia mempunyai semangat politik yang berkobar dalam diri. Seperti Mahathir atau Lee, ianya boleh difahami jika mereka mahu kembali apabila mereka berasa sakit hati dengan cara negara mereka berjalan.

 Semangat mereka, dan kepercayaan diri yang kuat yang menjadikan mereka tarikan kepada penyokong mereka.

Persoalan sebenar ialah mengapa ahli politik generasi muda perlu atau mahu perkhidmatan yang sudah lama.

Apabila yang lama di perlukan semula, jelaslah masyarakat kini ketandusan jawapan. Dan ini bukanlah petanda baik sesebuah bagi negara.

Tulisan asal oleh :
Zuraidah Ibrahim, South China Morning Post, 14 Ogos 2016.

Terjemahan oleh :
Beruang Biru

Link asal artikel :
http://m.scmp.com/week-asia/geopolitics/article/2003024/malaysias-comeback-king-mahathir-mohamad-gambling-his-legacy

0 komentar: