Bujang Senang

Bujang Senang

29 Ogo 2016

PELAJAR MAUT AKIBAT INGIN MEMBANTU KAWAN



Orang yang baik dengan niat yang baik sahaja , Allah terus menjemputnya...itulah kejadian yang menimpa seorang pelajar yang jatuh bangunan di Sekolah Menengah Presint 9(2) Putrajaya, Azim Hakimi bin Abu Shuja pelajar Tingkatan Tiga yang ingin membantu kawannya mengambil beg yang telah dibuang oleh kawannya yang lain kira-kira pukul 9.40 pagi ini.



Beliau terjatuh dari tingkat tiga SMK Presint 9(2), Presint 9 Putrajaya.



Difahamkan bila beliau cuba untuk mengambil beg kawannya  yang telah di buang keluar oleh kawan lain, beliau telah gagal mengawal diri untuk  bertahan dan  seterusnya jatuh ke bawah.



Pihak polis telah membawa mangsa ke hospital Putrajaya pukul 11 pagi ini untuk tindakkan selanjutnya.

0 komentar: