Bujang Senang

Bujang Senang

15 Ogo 2016

DUIT DARI MANA -MUKHRIZ



Mukriz persoal apa Najib buat hampir 8 tahun pentadbirannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin Mukhriz pun Melayu mudah lupa apa kerajaan pimpinan Najib dh buat untuk KEBAJIKAN RAKYAT.

Saya senaraikan.
Walau pun negara nak bengkrap.

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup.

7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya sambungan LPT 2 dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.

11. BRIM pun rakyat dapat.

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Kelulusan pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru.

14. Kelulusan pembinaan MRSM yang baru.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.

16. Pembinaan apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia yang baru.

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000.

24. Pengumuman dan pembinaan umah mesra rakyat RM 60,000 sebuah dengan bayaran bulanan sekitar RM 200.

25. Perumahan Prima.

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

27. Pembinaan lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan .

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

31, Pembiayaan ribuan jemaah haji ke Mekah yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan.

32. RM1bilion untuk peneroka Felda mengubahsuai rumah tanpa faedah.

33. Peruntukan khas MARRIS dari Kementerian Kewangan sebanyak RM1bilion setahun untuk kontraktor kelas G1,G2,G3,G4 sejak 2009.

34. Akhirnya baru semalam dilancar. KWSP patuh syariah walau pun nampak mudah tetapi tidak terbuat oleh Perdana Menteri yanf lain..

Bolehkah Mukhriz senaraikan apa yang Tun buat pada 8 tahun pertama pentadbiran ayahndanya selain menguatkan politik dirinya sendiri?

Apa yang pasti dan jelas adik beradik Mukhriz antara terkaya di Malaysia hasil pentadbiran ayahndanya yang berjasa.. itu jelas dan Majalah Fobes turut menyenaraikannya..

0 komentar: