Bujang Senang

Bujang Senang

5 Ogo 2016

BUKTI DNA DISELUAR DALAM, PEMUDA AKHIRNYA DI PENJARA KERANA ROGOL NENEK


Padan muka..takde perasaan ... hingga nenek yang berumur 60 tahun yang merupakan jirannya  di rogol ..mana pegi fikiran yang waras pun sik tauk.Akibatnya  pemuda yang berusia 29 tahun itu dijatuhi penjara 10 tahun berserta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam di Sibu.
Robin Akit, 29, dari Sungai Bawang, Balingian dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Robin didakwa merogol mangsa pada 14 Mac 2016, antara jam 2 petang hingga 4.45 petang di bilik sewa di Jalan Mission.
Sehubungan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa sedang tidur di biliknya, mangsa didatangi tertuduh yang kemudian mengajaknya ke bilik sewa tertuduh.
Sampai di bilik sewa, tertuduh terus mengunci pintu menghalang mangsa daripada keluar dari bilik tersebut sebelum membaringkan mangsa atas tilam dan merogolnya.
Hasil siasatan mendapati ketika kejadian anak lelaki mangsa yang berusia 37 tahun dan teman sebilik tertuduh (seorang lelaki) tidak berada di rumah kerana bekerja.
Selepas pulang ke rumah, mangsa mengadu kepada anaknya yang dia telah dirogol. Mangsa kemudian membuat laporan polis serta dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kecederaan iaitu kesan koyakan baharu di hujung faraj yang dipanggil ‘fornix’.
Pada tarikh  sama, jam lebih kurang 9.30 malam, tertuduh berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membantu siasatan.
Hasil laporan Jabatan Kimia Kuching juga telah menjumpai DNA mangsa dan DNA tertuduh pada seluar dalam tertuduh yang dijadikan barang kes.

0 komentar: