Bujang Senang

Bujang Senang

3 Ogo 2016

Tidur nyenyak, 'Ratu Naga' hari ini akhirnya 'digeledah'



Ratu Naga, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, memberitahu Malaysiakini, seramai 14 orang menggeledah rumahnya pagi tadi susulan laporan polis padanya.

Ini kerana menyiarkan  di media sosial posting yang mengandungi fitnah terhadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.



“Waktu itu kira-kira 10.30 pagi dan saya masih tidur. Bukan saja sebab saya tidur lambat, tetapi saya sarat mengandung jadi perlu banyak rehat.

“Mereka ketuk pintu rumah saya dan serbu rumah saya macam saya pengganas,” kata perunding pembinaan itu.

Beliau berkata keretanya juga diperiksa pasukan penguat kuasa.

Syarul Ema berkata pasukan itu beredar selepas beberapa jam dan mengarahkan beliau hadir pada jam 3 petang di ibu pejabat SKMM di Putrajaya untuk soal siasat.

Pembantu Rosmah, Rizal Mansor semalam berkata laporan polis dibuat terhadap pihak yang memuat naik gambar “fitnah” manipulasi sudut kamera yang membuatkan Rosmah kelihatan bersandar di dada sultan Pahang.


0 komentar: