Bujang Senang

Bujang Senang

9 Ogo 2016

Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia Tumpu Keahlian Dikalangan Orang Asli


Parti baru, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang baru didaftarkan semalam akan memberi tumpuan kepada mendapatkan ahli dari kalangan orang asli Semenanjung dan Bumiputera Sabah Sarawak.
Ini sudah pasti mencatat sejarah negara kerana belum pernah ada parti yang ditubuhkan khas untuk mewakili orang asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak di Malaysia.
Malaysia mempunyai lebih 100 suku kaum orang asli di Semenanjung sahaja dan beberapa puluh lagi suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun difahamkan buat permulaan, sementara menunggu sambutan dari kalangan orang asli dan bumiputera Sabah/Sarawak muncul, semua ahli Perkasa akan secara automatik menjadi ahli Pribumi.
Dikatakan Perkasa mempunyai seramai 2 juta ahli di seluruh negara dan dicampur dengan 1.4 juta penandatangan Deklarasi Rakyat, sudah melebihi jumlah ahli UMNO seramai 3 juta orang. PAS yang sudah lebih separuh abad itupun tidak lebih sejuta ahli-ahlinya.
Begitupun yang penting sekali, parti baru ini tidak menganggu sasaran keahlian parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan.  Walaupun DAP dan PKR turut menyasar keahlian dari kalangan orang asli tapi jumlahnya tidak banyak dan bersedia membuka jalan untuk Pribumi menguasai golongan tersebut.
negarapakatanrakyat

0 komentar: