Bujang Senang

Bujang Senang

10 Ogo 2016

Petronas risau dengan keputusan Sarawak laksana moratorium


Petronas menyatakan kebimbangan dengan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan moratorium ke atas semua permohonan baharu permit pekerjaan untuk pekerja syarikat itu dari luar Sarawak bekerja di negeri ini.
Kenyataan akhbar dikeluar-kan Kumpulan Komunikasi Strategik Jabatan Perhubungan Media Petronas semalam, menyatakan bahawa syarikat itu percaya keputusan yang diumumkan pada hujung minggu lepas mungkin dibuat berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula perniagaan kumpulan itu yang telah secara tidak adil memberi kesan kepada pekerjanya dari Sarawak.
“Sarawak kekal negeri pelaburan utama untuk Pe-tronas, keperluan pekerjaan akan terus berkembang.
“Petronas menjangkakan majoriti tenaga kerja yang diperlukan adalah untuk memenuhi permintaan tenaga kerja baharu melibatkan rakyat Sarawak seperti amalan pengambilan pekerjaan sedia ada,” jelas Petronas.
Tambah syarikat minyak negara itu, beberapa jawatan dijangka diisi pekerja berpengalaman yang mungkin melibatkan bukan rakyat Sarawak.
Kunci kepada kejayaan penghantaran dan operasi projek-projek Petronas di Sarawak adalah hasil soko-ngan serta komitmen semua pihak yang berkenaan,  paling penting ialah pasukan pekerja syarikat itu berkelayakan, terlatih dan berdedikasi, tanpa mengambil kira mereka dari negeri mana.
Petronas juga telah melakukan beberapa pertemuan dan taklimat dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri di pelbagai peringkat berikutan proses penstrukturan semula syarikat itu.
“Petronas akan akan me-neruskan usaha ini termasuk mengadakan pertemuan dan memberi taklimat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi menangani kebimbangan Sarawak berkaitan keperluan tenaga kerja syarikat ini di Sarawak.
“Petronas seperti syarikat minyak dan gas lain di seluruh dunia, akan terus mengkaji semula strategi perniagaan serta keperluan tenaga manusia bagi memastikan kecekapan dan kelestariannya.
“Ini penting bagi memasti-kan syarikat ini lebih berdaya tahan dan memberi tumpuan untuk berkembang maju dalam landskap sedia ada serta masa depan industri,” jelas Petronas.
BP

Related Posts:

  • Kenapa PR Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi? Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifika… Read More
  • Speaker Nafi DUN Terengganu DibubarkanKUALA TERENGGANU: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan yang disebarkan di laman sosial mengenai pembubaran DUN Terengganu.  lanjut di SARAWAKIANA… Read More
  • Ahmad Said Keluar UMNO   KUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan anggota Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. Ahmad y… Read More
  • Ustaz Hadi Di Cerca Sam Ketot Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar … Read More
  • Anwar Cuba Cetus Sentimen Perkauman Raih Undi Masyarakat India Pakatan Rakyat (PR) seringkali menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) memainkan sentimen perkauman untuk meraih undi, sedangkan hakikatnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan sentimen perkauman kepada … Read More

0 komentar: