Bujang Senang

Bujang Senang

31 Jan 2017

Video : Tak Mau Menari, Najib dan Singa Di fitnah




Choiiiiiiiii....Pro-Mahathir Mohamad, blog politik OutSyed The Box semalam berkongsi video dari KiniTV,dengan  tajuk yang berbunyi: 'Gerakan singa enggan menari untuk MO1' , lari dari tajuk sebenar "VIP table at Gerakan Open House Bigger, Najib Tease Liow " ,sedangkan Perdana Menteri telah berkongsi rasa kagumnya dengan persembahan itu di di Facebooknya.



"Telah kagum dengan persembahan tarian singa di rumah terbuka Parti Gerakan Rakyat Malaysia hari ini.Tarian singa adalah sinonim dengan Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan satu permulaan baru dan dipercayai membawa tuah. "
 
Dalam video itu, Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan pada hari Sabtu. Hanya dengan berdasarkan  klip video pendek Perdana Menteri merayakan sambutan itu bersama-sama dengan Presiden Gerakan Mah Siew , Presiden MCA Liow Tiong Lai dan beberapa VIP lain telah difitnah oleh Ketua Srikandi baru parti bunga dan pembangkang dengan mengatakan bahawa singa tidak mahu menari .....


 
Dalam klip video itu beberapa VIP termasuk Perdana Menteri dan isteri , dilihat berdiri di hadapan singa yang merupakan sebahagian daripada persembahan tarian singa.Singa itu duduk dan tidak bergerak manakala gendang sedang berbunyi. Singa itu tunduk dan dilihat Perdana Menteri menepuk-nepuk  kepala singa.


Klip itu kemudian dipotong dan ianya berbeza dengan persembahan sebenar.


Berdasarkan spekulasi tersebut  OutSyed The Box menulis, "Gerakan singa enggan menari untuk MO1. Saya melihat dan pada mulanya saya fikir singa hanya berbaring dan ia mrupakan sebahagian daripada persembahan itu. Tetapi ia tidak kelihatan begitu  kerana singa hanya duduk diam seolah-olah persembahan telah berakhir. "



Berkongsi link YouTube untuk video KiniTV, blog yang kemudiannya menambah: "Ia kelihatan seperti bantahan dan kami tidak akan melakukan tarian untuk anda."


Namun Setiausaha Politik Mah Ivanpal Singh Grewal dengan cepat memberi penjelasan ianya bukan bantahan.


Memetik kenyataannya di Malaysia Outlook bahawa dia telah melihat klip dan menjelaskan bahawa sebab singa itu diam  kerana ia sedang mengupas buah khas.


Ini, katanya, berlaku selepas singa sudah menari di hadapan tetamu VIP.


Beliau menjelaskan bahawa ia adalah satu tradisi bagi singa untuk mengupas buah khas, biasanya limau bali, untuk dipersembahkan kepada tetamu VIP yang hadir dan dalam majlis ini VIP nya adalah Perdana Menteri.


Melalui status Facebooknya Perdana Menteri pada hari Sabtu 28 Jan, juga telah berkongsi gambar singa menyampaikan buah itu kepadanya.


0 komentar: