Setelah Barisan Nasional Negeri Sarawak ,Adenan Team memenangi pilihanraya negeri Sarawak dengan 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan kabinet baharu Sarawak di jangka akan mengangkat sumpah bermula esok.
Kelompok Menteri Penuh dijangka akan menjadi kumpulan pertama yang akan mengangkat sumpah di ikuti oleh yang lain.Di jangka kebanyakkan Menteri penuh akan dikekalkan cuma mungkin berlaku pengubahsuaian portfolio. Tiga menteri kanan dalam kabinet lama iaitu Tan Sri William Mawan Ikom, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Sri Wong Soon Koh, juga dijangka kekal.
Datuk Amar Douglas Unggah Embas pula di jangka akan mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri yang ditinggalkan oleh Tan Sri Alfred Jabu.
Menteri Menteri muda pula dijangka akan mengangkat sumpah kemudian sebelum sidang Dewan Undangan Negeri Pertama penggal ini yang dijadualkan pada bulan Jun.
Adenan yang mewarisi kabinet daripada Mantan Ketua Menteri terdahulu, Pehin Sri Tun Abdul Taib Mahmud mempunyai 9 menteri dan 19 menteri muda.
0 komentar:
Catat Ulasan