Sebuah pesawat Aermacchi MB-339CM TUDM dilapor terhempas di Kampung Serun berhampiran Nenasi, Pekan tengahari tadi.
Pesawat TUDM yang berpangkalan di Pangkalan udara Kuantan telah mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan jam 12.54 hari ini.
Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat.
TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.
0 komentar:
Catat Ulasan