Bujang Senang

Bujang Senang

31 Mei 2016

KEMALANGAN DI JALAN SULTAN TENGAH,CUCU KETUA MENTERI SARAWAK



AL FATIHAH....Cucu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem antara yang dipercayai maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Tengah, Kuching,

Mangsa difahamkan adalah anak kepada anak kedua Tok Nan bersama bekas isterinya, Aisah Zainab Mahmud, yang juga adik Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.



Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu dua lelaki dikatakan sedang menuju ke arah Santubong.

Seorang menunggang motosikal manakala seorang lagi memandu kereta.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu nahas dipercayai berlaku apabila pemandu kereta gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar motosikal yang berada di hadapan.

Akibat impak yang kuat dari bahagian belakang motosikal berkenaan tercampak ke tiang lampu jalan manakala kereta terbabas ke kawasan semak di bahu jalan.

Identiti mangsa yang rentung dalam sebuah kereta itu masih belum dapat dikenalpasti manakala penunggang motosikal dikenalpasti sebagai Mohamad Jumaidi Rais, 31.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 komentar: