Bujang Senang

Bujang Senang

15 Mei 2016

Sabotaj Calon Pengkhianatan Kepada Parti



Pilihanraya Sarawak telah berlalu dengan jayanya serta menyaksikan Barisan Nasional membuktikan kejayaan yang besar dan masih releven untuk rakyat Sarawak yang masih memerlukan usaha pembangunan luar bandar yang akan menjadi kentaan.

PBB telah membuktikan keunggulan memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan. SUPP menunjukkan sedikit peningkatan walaupun telah menunjuk kemampuan menawan 5 kerusi milik DAP sebelum ini. SPDP masih konsisten di kubu kuat mereka serta kemenangan calon terus Barisan Nasional yang masih ditaruh harapan oleh pengundi kawasan.

Dalam pada tersebut PRS menunjukkan prestasi membanggakan apabila menang kesemua 11 kerusi yang dipertandingkan. !00% kemenangan PRS membuktikan PRS twlah menunjuk kesetiaan kepada Barisan Nasional serta berjaya memberi kesemua kerusi kepada Barisan Nasional bagi menunaikan janji mandat yang besar kepada Ketua Menteri Sarawak.

Yang meyedihkan disebalik kemenangan besar PRS masih terdapat unsur sabotaj calon pada pilihanraya yang lepas. Kawasan yang menjadi gangguan sabotaj ialah Tamin, Murum dan Ngemah. Tidak ketinggalan Balai Ringi turut mendapat tentangan akibat sabotaj. Terlalu sukar untuk membendung unsur sabotaj berlaku dalam parti.

Kehangatan sabotaj telah berlaku di Balai Ringin apabila difahamkan calon bebas telah ditaja oleh Ahli Parlimen Sri Aman merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat. Heboh perkara berkenaan menjadi buah mulut rakyat Balai Ringin yang telah menyertai setiap program Masir sebelum dan semasa kempen Keseluruhan suara rakyat membantah tindakan kujat dan begitu kecewa hal tersebut berlaku.

Difahamkan rakyat menyatakan semasa dua hari terakhir kempen di Balai Ringin, rakyat memberitahu Masir berucap dengan kenyataan sebegini yang telah di alih kepada bahasa melayu.

" Saya telah di arah oleh Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi untuk menyokong dan berkempen untuk calon Barisan Nasional Balai Ringin. Saya terpaksa akur dan mengajak anda semua menyokong Barisan Nasional. Saya telah diarahkan melakukkan perkara tersebut tetapi saya tidak menghalang anda untuk membantah apabila anda memilih untuk mengundi calon bebas,"

Apa sebenarnya maksud kenyataan Masir menyatakan kenyataan sedemikian rupa? Seharusnya sebagai seorang Ahli Perlimen Barisan Nasional merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri seharus menyokong seikhlas-ikhlasnya calon Barisan Basional Balai Ringin memandangkan mereka dalam satu parti yang sama. Bukan sekadar menyatakan kerana terpaksa kerana ia menyimpang dafipada prinsip parti yang memerlukan satu tindakan yang penuh dengan sikap perjuangan jati serta ikhlas.

Kenapa Masir tidak menghalang pengundi Balai Ringin untuk mengundi calon lain sedangkan sudah diumumkan calon Barisan Nasional menduduki kerusi Balai Ringin ketika itu ? Apa niat sebenar Masir ? Rakyat menyatakan mereka menjadi keliru dengan kenyataan Masir seolah-olah menggalakkan mereka mengundi calon bebas.

Apakah persoalannya Masir turut terlibat seperti apa yang berlaku di Tamin, Murum dan Ngemah yang diselubungi oleh sabotaj yang calon bebas ditaja oleh Ahli parti sendiri ? Jika seandainya berlaku di Balai Ringin kenapa Masir perlu menaja calon bebas dan darimana datangnya punca kewangan masir untuk menaja dan mengadakan kempen untuk calon bebas?

Umum mengetahui kos berkempen untuk calon pada pilihanraya amat tinggi dan bukan calang-calang orang mampu untuk menaja satu kempen yang memerlukan kewangan yang begitu besar. Namun apa yang dilakukan oleh Masir jika difahamkan ia berlaku maka unsur sabotaj sebegini memang mengkhianati parti yang telah lama memperjuangkan naik turun Masir sehingga berada pada tahap hari ini yang telah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumum bahawa rombakan kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat. Adakah Masir mampu mempertahankan jawatan beliau jika sahih Masir telah melakukan sabotaj dalam parti ? Walau apa pun terjadi selepas ini, difahamkan melaui sumber terdapat rakaman ucapan Masir yang memperkenalkan calon bebas Entusa Imam kepada rakyat Balai Ringin telah sampai di tangan pihak atasan. Harap satu hari rakaman tersebut akan didengari oleh semua rakyat andai semuanya benar-benar berlaku.

0 komentar: