Bujang Senang

Bujang Senang

30 Mei 2016

VIDEO:Ucapan Hari Keamataan dan Hari Gawai 2016 dari Perdana Menteri Malaysia



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Hari Kaamatan dan Selamat Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak.“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan (dan) Gayu Guru Gerai Nyamai,” katanya dalam rakaman ucapan video YouTube beliau melalui Twitter Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak dan entri Facebook Najib Razak .
Ucapan ini pastinya khusus ditujukan kepada masyarakat Kadazandusun di Sabah, Negeri Bawah Bayu dan masyarakat keturunan Dayak di Sarawak Bumi Kenyalang.
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai disambut oleh masyarakat Kadazandusun sebagai tanda kesyukuran meraikan hasil tuaian yang baik sepanjang tahun.
Kaum lain seperti Murut turut menyambutnya.
Cuti umum Pesta Kaamatan di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah ialah pada 30 dan 31 Mei.
Manakala, perayaan Gawai disambut masyarakat keturunan Dayak daripada suku kaum Iban, Bidayuh, Kenyah dan Orang Ulu sebagai tanda syukur serta tanda berakhirnya musim menuai padi.
Gawai disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun dan tarikh tersebut diisytiharkan cuti umum untuk Sarawak.
Najib menyifatkan sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai sebagai masa untuk rakyat bersyukur terhadap perkara yang telah dicapai dalam kehidupan.
Dalam ucapan video yang dimuat naik di laman Twitter beliau 24 jam yang lalu pada Sabtu itu, Najib berkata sambutan perayaan itu juga memberi kesempatan untuk rakyat Malaysia menghargai kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia ini.
Najib merupakan pemimpin utama negara yang paling banyak menziarahi Sarawak dan Sabah sepanjang pemerintahan beliau.

0 komentar: