Jan 7, 2017

7.2 Juta Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Batang Kayan Lundu - Wan Junaidi

Majlis Pecah Tanah Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Kayan Pekan Lundu, Lembangan Batang Kayan, Bahagian Kuching Sarawak (FASA 1A) anjuran Jabatan Pengairan & Saliran Kuching Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Lundu, JKR, Jabatan Penerangan Malaysia, MDL, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, RELA & Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong Sarawak di Tebingan Pekan Lundu hari ini. 

Projek Jabatan Pengairan dan Saliran yang bernilai 7.2 juta ringgit itu dijangka siap pada Julai tahun depan yang meliputi kerja pembinaan tembok sepanjang 165 meter untuk fasa pertama.

Ia bagi memberi perlindungan kepada tebingan sungai daripada hakisan kritikal serta perlindungan terhadap penempatan dan infrastruktur awam di Pekan yang terkenal dengan industri keropok dan kuih tradisional itu.

0 komentar: