Bujang Senang

Bujang Senang

29 Jan 2017

#PrkTjgDatu :PKR BERPECAH-BELAH LAGI


Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Sarawak tidak akan meletakkan calon dalam  PRK Tanjung Datu selepas calon PKR, Jazolkipli Numan HILANG wang deposit dalam  PRN Sarawak yang lepas kepada Allahyarham Tok Nan.

Walaubagaimanapun nampaknya PKR Pusat dibawah Azmin Ali khabarnya tidak berpuas hati dengan keputusan PKR Sarawak itu dan masih mahu meletakkan calon PRK dlm PRK Tanjung Datu nanti walaupun PKR Sarawak telah mengumumkan untuk  tidak bertanding.

Mengapa PKR Sarawak tidak mahu bertanding? Kerana mereka tahu bahawa sekiranya bertanding hanya akan merugikan mereka melayan karenah pemimpin-pemimpin Pakatan spt PKR Pusat, DAP, PAN dan parti baru, PPBM yang bukan turun ke Sarawak unyuk membantu PKR Sarawak pun tetapi sekadar berfoya-foya sambil makan angin. Ini kerana PKR Sarawak telah lalui dalam  PRN Sarawak yang lepas apabila mereka kalah begitu teruk dan kedatangan pemimpin PKR Pusat dan PAN sekadar menghabiskan beras!!

Sekiranya ada calon PKR yg bertanding maka ianya bukan daripada  PKR Sarawak dan calon tersebut adalah pilihan Azmin Ali sendiri. Dikhabarkan sekiranya PKR Pusat berdegil juga untuk meletakkan calon maka PKR Sarawak akan memboikot calon PKR tersebut atau mana-mana komponen parti yang bersekutu dengan  Pakatan.

0 komentar: