Bujang Senang

Bujang Senang

Jan 11, 2017

MUSTAHIL MAHATHIR AKAN MINTA MAAF, EGONYA UMPAMA 'SUPERMOON'


Tun Mahathir ada satu sifat yang sama dengan orang yang dia penjarakan , iaitu Anwar Ibrahim. Sifatnya adalah “tidak akan mohon maaf dan mengaku salah”.

Sehingga hari ini Anwar masih belum mengaku salah kes liwatnya di zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.

Bahkan kesnya bersama Saiful Bukhari pun dia tidak mengaku salah dan enggan mohon maaf.

Mahathir juga begitu, kes pembunuhan orang Islam Memali pun yang ada hanya kertas putih versi kerajaan dan langsung tiada ucapan mohon maaf dan mengaku salah.

Orang kata jika Polis menunggu lama dan kepong kampung itu pasti mereka akan menyerah diri tanpa perlu ada tembak menembak dan pembunuhan, tetapi semua pun tahu sejarahnya.

Cuma pembunuhan orang Islam ini membuatkan Mahathir semakin diterima oleh Amerika dan negara Barat secara sulit kerana mereka melihat dia sebagai anti Islam dan ektremis kerana sanggup membunuh umat Islam.

Setelah dikecam oleh pelbagai pihak kerana kenyataan politik nya berkenaan Haji 1MDB, Mahathir sehingga kini kesunyian dan keseorangan.

Sehingga kini juga belum ada agamawan atau orang berstatus ustaz dan ulama menyokong kenyataan haram versi politik Mahathir.

Malah Ustaz politik pun belum ada yang muncul mempertahankannya.

Mengaku salah dan mohon maaf ada lah “No-No” dalam kamus politik Mahathir.

Ia petanda “defeat” dan akur kepada kebenaran pada yang berlawanan dengan pendirian dirinya.

Cakap apa pun , Mahathir tidak akan minta maaf dan mengaku salah.

Tambah lagi 1MDB sudah di tetapkan pada sidang bersama orang orang kayanya di London (seperti yang tertulis di blog Raja Petra Kamaruddin) untuk dijadikan alat” serangan.

Sepanjang Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri hanya 1MDB dan sekali sekala GST dan terakhir BRIM sahaja yang Mahathir dapat ungkitkan.

Pusing ke mana pun itu juga isu yang Mahathir ada, itu pun dia kisarkan certa dari pelbagai sudut, tanpa pembuktian.

Sedangkan pada pentadbiran Tun Mahathir , berpuluh isu dan penyelewengan terjadi yang boleh dimainkan.

Malah untuk isu siasatan BMF pun kebodohan telah terjadi, apabila pentadbiran Mahathir menghantar hanya seorang auditor arwah Abd Jalil untuk menyiasat kes mega. Seolah olah mengirim ajal kepadanya.

Kini ramai juga melihat Tun Mahathir dengan kedegilannya, semakin tua semakin melalut dan enggan mohon maaf.

Pada yang mengharapkan Tun Mahathir minta maaf anggaplah ia sebagai mimpi di siang hari.

Mustahil untuk Tun Mahathir melakukan yang sedemikian atas sebab isu isu yang dimainkan dari isu 1MDB sehingga fatwa haram haji adalah isu pautan maut kepadanya.

Hidup mati Tun Mahathir dalam perjuangan peribadi mahu rebut kuasa amat bergantung kepada isu itu.

Jika Tun Mahathir minta maaf dan mengaku salah, bermakna dia sudah mengaku dia sengaja mencipta isu dan terdedahlah ia permainan yang sama ketika menjatuhkan Abdullah Badawi.

Semua tuduhan terhadap Abdullah Badawi ketika menjadi Perdana Menteri pun belum lagi Tun mengaku salah dan minta maaf.

Dari memfitnah skim “Oil for Food” sehingga lah kes “level 4” dan isu “Scomi” Tun Mahathir belum mohon maaf.

Sebaik sahaja Abdullah Badawi istihar undur diri, terus Tun Mahathir buat tidak reti dan sepi kan diri. Ia hanya untuk ugutan sahaja.

Samalah juga yang cuba dilakukan terhadap Najib Razak hari ini.

Tun Mahathir umpama Rafizi Ramli , dan sudah setaraf dengan nya “boy who cried wolf too often” apabila betul serigala muncul tiada siapa lagi yang mempercayainya.

Maka kepada mereka yang sangka Mahathir ada “conscience” agama dan minta maaf atas keceluparan , hentikan sahaja mimipi itu, Mahathir hanya ada perkiraan politik sahaja, perhitungan agama sememang tiada lansung.
 
Politik Mahathir tiada dosa dan pahala, yang ada matlamat sahaja.

Jika Mahathir minta maaf, maka seluruh Parti Pribumi tumbang kerana asas perjuangan mereka berdiri atas pembohongan dan fitnah Tun Mahathir. 

Minta maaf tiada dalam kamus Mahathir, anda hanya harus mohon maaf bila anda rasa bersalah sahaja, dalam hal Mahathir dia tidak pernah rasa salah, yang salah orang lain sahaja.

Tambah lagi , ego nya umpama “supermoon” mustahil dia akan minta maaf.

Mahathir hanya minta maaf pada orang yang dituduhnya rasis no 1 iaitu Kit Siang dan mohon maaf pada Anwar yang dikatakannya sebagai peliwat. Maaf sebab hendak sambung nyawa politik.

Pada jemaah haji yang dikata haji tidak mabrur, Mahathir tidak mahu maaf. Mahathir lebih memaafkan Kit Siang dari maafkan tuduhan pada jemaah haji.

Tulisan :
Beruang Biru
BB225, Rabu
11 Januari 2017

0 komentar: