Bujang Senang

Bujang Senang

15 Jan 2017

#PRK:SIAPA PENGANTI ALLAHYARHAM ADENAN SATEM DI TANJONG DATU?


Teka- teki penganti Ketua Menteri Sarawak terjawab dengan perlantikan Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-6 pada 13 Januari 2017 , jumaat lepas berikutan kematian Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

Sekarang walaupun belum tamat tempoh berkabung selama tujuh hari telah terdengar desas desus , siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi N3 tanjong Datu yang telah ditinggalkan oleh Ketua Menteri Sarawak itu kerana mengikut perlembagaan, oleh kerana kekosongan kerusi berlaku selepas ketika pilihan raya baharu berlalu maka perlu diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kekosongan.

Rata-rata penduduk yang ditemui masih mengharapkan isteri Allahyarham Puan Sri Datuk Jamilah Haji Anu untuk menyambung perjuangan beliau di kawasan tersebut.Begitu juga melihat kepada beberapa posting facebook penduduk Tanjong Datu.



Namun menurut beberapa pandangan sumber yang veteran dalam politik, amatlah tidak manis jika isteri Allahyarham menggantikan beliau kerana kedudukan beliau sebagai Mantan isteri Ketua Menteri."Biarlah kita hormat beliau sebagai isteri Ketua Menteri', menurut sumber." 'Jika anaknya mungkin tak mengapa,; tambah beliau lagi.Beliau juga tidak menidakkan antara nama-nama yang bakal mengantikan Allahyarham ialah anak sulung Allahyarham iaitu Aziz Adenan.

Memetik kenyataan Ahli Majlis Tertinggi PBB Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Borneo Post semalam berkata,setakat ini beliau belum menerima maklumat daripada mana-mana pihak berhubung individu yang bakal bertanding di kerusi kuat PBB itu.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana Tanjong Datu di bawah Parlimennya Santubong, maka beliau akan mengambil alih tugas dan tanggungjawab sebagaimana ketika menjadi pengarah operasi pilihan raya bagi kerusi ini pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang lalu.
“Oleh kerana saya mengetahui dan mengenali secara rapat kawasan serta pemimpin di Tanjong Datu ini, maka saya cukup yakin saya akan dilibatkan secara terus untuk menerajui Pilihan Raya Kecil di kerusi ini bagi pihak Barisan Nasional (BN).
“Buat masa ini saya sendiri juga tidak tahu siapa calon yang akan bertanding tetapi saya cukup yakin ramai rakan-rakan kita yang berminat selepas pengumuman dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, pemilihan calon daripada kalangan anak jati juga perlu dilihat daripada sudut penerimaan masyarakat memandangkan kawasan ini didiami penduduk majmuk yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Selako.

Kerusi Tanjong Datu yang merupakan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN) telah disandang Adenan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2006 dan berjaya memenangi semula kerusi tersebut pada PRN 2011.

Pada PRN11, 7 Mei 2016 yang lepas, Adenan memenangi semula kerusi itu menerusi pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.




0 komentar: