Bujang Senang

Bujang Senang

23 Jan 2017

#PrkTjgDatu: Projek Jutaan Ringgit, Siapakah Yang Layak meneruskannya?




                            Foto:Lundu From Above

Mengimbas kembali apa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri(DR) Haji Adenan bin Haji Satem untuk DUN N3 Tanjong Datu ramai penduduk yang akan menjadi sebak.Komitmen yang dilakukan oleh beliau umpama arkitek yang telah mengubah landskap keseluruhan kawasan itu sejak 10 tahun yang lalu menjadi kawasan yang 'berubah wajah' umpama mengguna lampu ajaib Alladin dalam tempoh hanya beberapa tahun beliau menjadi Ketua Menteri.




Memetik ucapan beliau dalam ucapan video KLXpress berkata, "Dulu bila saya hanya jadi ahli Yang berhormat sahaja... projek 20 ribu, 30 ribu dibuat.Bila saya jadi menteri naik 100 ribu, 200 ribu, 300 ribu, 400 ribu...Tapi sekarang saya sudah jadi Ketua Menteri projek bernilai 1 billion, 2 billion ,3 billion tapi patut juga sebab kawasan Ketua Menteri...malu juga jadi biar untung sikit orang kawasan Tanjong Datu sebagai kawasan Ketua Menteri."

"No 1 kita akan panjangkan jalanraya Sematan hingga Telok Melano, berjumlah (100 juta.) Lebih duit kita akan buat jalan dari Perigi sampai Pugu untuk orang Sematan.Kerajaan telah setuju untuk mendirikan pusat matrikulasi diletakkan di Lundu yang bernilai berpuluh juta.Sekolah teknikal oleh Yayasan sarawak bernilai( 22 juta).Sekolah rendah Bumiputera (1juta).Dewan semua di pasang aircond ...dewan cina 1 juta.Masjid Daerah (3 juta). Lundu Distict Council (8juta) untuk ada medan yang teratur .Projek projek lain nak kecil kecil ya senang saja..itu akan dibuat kemudian,"

Menurut Isteri mantan Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Jamilah Anu,“Beliau Allahyarham mempunyai impian besar di Tanjung Datu. Malah beliau sendiri meminta untuk berpindah ke kawasan itu dari Dun Muara Tuang, untuk membantu penduduk di kawasan tersebut,” katanya.

“Beliau sentiasa mahu membantu rakyat. Beliau mempunyai cita-cita sendiri terhadap Dun Tanjung Datu, yang dahulunya terpinggir dan terpencil,” katanya lagi.

Antara projek besar yang dilakukan Allahyarham juga ialah  pembinaan masjid baharu, pembinaan Tebingan Lundu di Sungai Kayan, Tebingan Sematan, pos CIQ di Biawak dan yang paling penting menghubungkan laluan darat ke Telok Melano, yang berada di hujung peta Sarawak.

Kerana menghormati apa yang telah dilakukan oleh Allahyarham , jika sekarang ditanya tentang siapakah yang layak mengantikan Allahyarham  di DUN Tanjong Datu pasti penduduk akan memilih untuk meneruskan legasi Adenan iaitu mana-mana ahli keluarga Allahyarham yang diharapkan untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan tersebut sebagaimana hasrat Allahyarham.

Difahamkan nama anak Allahyarham ,Abdul Aziz Adenan, 44 tahun dan Azizul Annuar Adenan, 26 tahun berada pada senarai tertinggi. Tiga lagi nama termasuklah Haji Bujang Helmi, Abdul Razak Wahab, Ramdan Mahari iaitu individu yang menjadi “orang kanan” dan tulang belakang Adenan di kawasan Tanjong Datu sebelum ini.

Namun haji Bujang Helmi Setiausaha Politik kepada ketua Menteri turut memberi pendapat agar memberi keutamaan kepada ahli keluarga Allahyarham Adenan dahulu sebagai menghormati beliau.

“Saya sudah lama bersama-sama Allayarham. Lebih 30 tahun. Saya memahami jiwa, impian dan kehendaknya.

“Kerana itu saya berpendapat, keluarganya harus diberi peluang untuk meneruskan perjuangan Allahyarham yang tertunda.

Bujang Helmi merupakan Setiausaha Politik sejak tahun 2000 dan merupakan pemegang jawatan itu paling lama di negeri Sarawak.

Abdul Aziz pula merupakan anak lelaki Adenan dengan isteri pertama, Datuk Paduka Aishah Zainab Mahmud. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam politik, beliau pernah menjawat Ketua Penerangan Pemuda PBB, sebelum era bapanya menjadi Ketua Menteri, dan merajui pasukan Media Baru PBB.

Aziz yang juga seorang usahawan, sering bersama-sama “daddy” dalam pelbagai program dan perbincangan, termasuk pertemuan bersama rakyat dan berbentuk politik.

Difahamkan, Aziz mempunyai hubungan yang agak baik dengan kebanyakan ahli politik di negeri ini dan Semenanjung.

Azizul yang dikenali sebagai “Icun” pula merupakan anak bongsu Allahyarham bersama-sama dengan Datuk Amar Jamilah.

Lulusan ekonomi dari Universiti Murdoch, Perth ini merupakan pemain golf profesional dengan handikap tunggal.

Pernah mencipta “hole-in-one” pada Julai lalu, Icun merupakan pengurus pasukan taekwondo Sukma Sarawak yang menggondol lapan emas, tiga perak dan tiga gangsa, selain mengetuai pasukan golf.

Seperti abangnya, Azizul juga sering menemani “daddy”, dan menolak untuk berkhidmat di Unit Perancangan Negeri bagi terlibat dalam perniagaan.

Baik Aziz, mahupun Icun, menjadi harapan rakyat Tanjong Datu untuk legasi Adenan diteruskan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dan memahami aspirasi dan perjuangan Allahyarham 'daddy' mereka.Al fatihah.



0 komentar: