Bujang Senang

Bujang Senang

25 Jan 2017

BN bersedia jika pilihan raya negeri Sabah diawalkan


Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain bersedia menghadapi pilihan raya negeri sekiranya ia diadakan lebih awal.

“Melihat pada persediaan, kita telah menggerakkan dan memaksimumkan jentera BN di seluruh Sabah, kita turun padang bertemu akar umbi mendekati rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan spekulasi politik yang hangat diperkatakan mengenai Sabah akan mengadakan pilihan pilihan raya negeri lebih awal sepertimana yang dilakukan pada PRU ke-13.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri berkata BN berada dalam posisi kukuh untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana melihat kepada blok pembangkang di negeri ini yang tidak stabil dan bercakaran sesama sendiri.

“Pasti ini kelebihan untuk kita, pihak ini (merujuk kepada Parti Warisan Sabah) kata mereka boleh boleh bergerak bersendirian, yang lain (parti pembangkang) hentam pihak ini (Warisan), mereka bercelaru.

“Kita (BN) pula bekerja keras dan memperhebatkan setiap elemen dan fokus keperluan akar umbi,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya di Semporna berkata seluruh kepimpinan UMNO bahagian Semporna turun padang menjelaskan banyak perkara kepada rakyat termasuk budi kerajaan BN kepada penduduk Semporna.

Beberapa kumpulan politik mendakwa pilihan raya negeri boleh berlaku seawal April sekiranya BN merancang tidak menggunakan tambahan 13 kerusi (dewan undangan negeri) baharu yang disyorkan pada tahun lepas dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac ini.

Ketika ini Sabah mempunyai 60 kerusi dewan undangan negeri.
Bernama

Related Posts:

  • #PRU14 :CALON BARISAN NASIONAL NEGERI MELAKA *P.134 MASJID TANAH* Calon : Mas Ermieyati Samsudin *N.01 Kuala Linggi* Calon : Ismail Othman *N.02 Tanjung Bidara* Calon : Md Rawi Mahmud *N.03 Ayer Limau* Calon : Amirudin Yusof *N.04 Lendu* Calon : Sulaiman Md Ali *N.05 T… Read More
  • #PRU14 :Calon BN untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan. KUALA LUMPUR – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar hari ini mengumumkan calon-calon BN untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan. Mereka ialah; 1. Datuk Seri Raja Nong Ch… Read More
  • #PRU14 :SENARAI CALON BARISAN NASIONAL JOHOR 1. *P140 Segamat* : *Datuk Dr. S. Subramaniam A/L K.V.Sathasivam (MIC)* a. _N01 Buloh Kasap_ : *Dato Zahari bin Sarip (Umno)* b. _N02 Jementah_ : *Chiam Yok Meng (MCA)* 2. *P141 Sekijang* : *Datuk Haji Ayub Rahmat (Umno)* a.… Read More
  • #PRU14 :CALON BN NEGERI TERENGGANU P033 - Besut - Dato' Seri Idris bin Jusoh N01 - Kuala Besut - YM Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman N02 - Kota Putera - Haji Mahadi bin Musa N03 - Jertih - Dato' Muhamad Pehimi bin Yusof N04 - Hulu Besut - Haji Nawi bin Mo… Read More
  • #PRU14 : CALON BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN P.126 JELEBU NAMA CALON: DATO JALALUDDIN BIN ALIAS N. O1 CHENAH NAMA CALON:SEET TEE YIN N.O2 PERTANG NAMA CALON:NOOR AZMI BIN YUSUF(Baru) N.O3 SUNGAI LUI NAMA CALON: MOHD RAZI BIN MOHD ALI N.04 KLAWANG NAMA CALON:BAHARUDDIN B… Read More

0 komentar: