Bujang Senang

Bujang Senang

9 Jun 2016

AKHIRNYA KETUA MENTERI SARAWAK LAHIRKAN CATATAN DUKA ATAS PEMERGIAN CUCU


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akhirnya bersuara atas kematian cucunya, Azreal Mahmud, 22, seminggu selepas kemalangan maut berlaku di Jalan Sultan Tengah, di sini.
Adenan melahirkan catatan duka itu melalui laman Facebook yang menyatakan beliau ‘menyangka dirinya akan pergi dahulu.’
Justeru, menurut beliau, kata-kata tidak dapat menggambarkan kesedihan yang dihadapi apabila perlu mengucapkan selamat tinggal kepada orang muda yang pergi lebih awal.
“Seminggu berlalu sejak pemergian anda dan saya akan terus berdoa. Semoga roh cucunda Azreal Mahmud dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa. Al-Fatihah,” tulisnya pada kelmarin.
Catatan itu merupakan kenyataan rasmi pertama daripada keluarga pemandu berhubung insiden tersebut yang dipautkan kepada anak perempuannya, Yatie A Bedos.
Lebih 1,000 ucapan takziah dicurahkan ke catatan itu sejak dimuat naik bersama gambar Azreal dalam warna hitam putih malam kelmarin.
Dalam kemalangan awal pagi 29 Mei lalu, akhbar tempatan melaporkan sebuah Toyota Vios terbakar selepas terbabit dalam kemalangan bersama sebuah motosikal.
Kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal dilaporkan meninggal dunia dalam insiden tersebut.
Borneo post

0 komentar: