Bujang Senang

Bujang Senang

2 Jun 2016

TAKZIAH DATO SRI ZAHID HAMIDI

KUALA LUMPUR: Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam tadi, Syed Alman, 44, suami kepada Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar, di sini. Allahyarham kemudian dikejarkan ke PPUM sebelum disahkan meninggal dunia. Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, mengesahkan berita kematian itu. "Jenazah Allahyarham kini berada di PPUM," katanya ketika dihubungi, malam ini. Syed Alman Zain meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea. Sementara itu, Nurulhidayah dalam kemaskini di Instagram miliknya kira-kira pada jam 11 malam tadi menzahirkan rasa sedih atas kehilangan itu. "Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang," katanya. (Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Ayah yang baik. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang untuk berbicara. Bye sayang) Difahamkan, Ahmad Zahid dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lawatan kerja di Jepun dan dijangka tiba pada awal pagi nanti.

0 komentar: