Jenazah Mohd Hasbie b Abdullah @ Bill Kayong tiba di masjid Ar’Rayyan pada jam 10.35 pagi untuk dimandikan dan dikapankan.
Allahyarham dibawa menggunakan van jenazah dari kediaman di Desa Senadin diiringi ahli keluarga, sanak saudara dan rakan.
Turut hadir Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar.
Solat jenazah akan dilakukan selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lambir Jalan Lusut, Kpg Tunku Abdul Rahman Lambir.
0 komentar:
Catat Ulasan