Bujang Senang

Bujang Senang

10 Jun 2016

PM UMUM BANTUAN KHAS RM500 AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH 2016


KUALA KANGSAR : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Peruntukan Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah 2016 sebanyak RM 194 juta kepada 388,111 pemilik pengusaha dan penoreh getah.
Bantuan berbentuk 'one-off' itu akan diagihkan bermula hari ini dengan masing-masing akan menerima RM 500 seorang.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

0 komentar: