Menteri Besar Selangor, Dato' Mohamed Azmin Ali mencatatkan rekod sebagai penyebab kekalahan Pakatan Harapan dalam menghadapi Barisan Nasional pada PRK P093 Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar.
Sebelum ini beliau dianggap sebagai punca perpecahan antara calon-calon Pakatan Harapan terutamanya antara DAP dan PKR di PRN 11 Sarawak kerana kegagalan menyelaraskan senarai calon 1 lawan 1 Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional.
Azmin yang mahu PKR bertanding menentang Barisan Nasional di P093 Sungai Besar dilihat gagal mengerahkan jentera parti membantu calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Ab Syukur meski pun beliau merupakan Timbalan Presiden PKR.
Pemerhati politik melihat sikap merajuk beliau yang tidak bersungguh-sungguh berkempen membantu PAN sebagai suatu protes terhadap calon PAN, terutamanya selepas penamaan calon.
Ia diakui sendiri oleh YB Ng Sue Lim, (ADUN DAP Sekinchan) yang menganggap bahawa kempen PRK PAN dibiayai sepenuhnya oleh DAP, meski pun Azmin telah pun 'berkampung' lama di Sungai Besar.
Kegagalan PAN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar wajar menggembirakan Azmin memandangkan kedua-dua calon Pakatan Harapan tersebut dipersetujui oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Azmin bakal mengenakan 'tekanan' kepadanya bagi menghadapi pemilihan pimpinan tertinggi PKR Pusat yang akan datang.
Kekalahan calon pilihan Presiden PKR dan DAP tersebut juga bakal menjadi 'peluru hidup' buat Azmin menentang Azizah di mana perang dingin antara keduanya sudah memasuki Fasa perang terbuka.
0 komentar:
Catat Ulasan