Bujang Senang

Bujang Senang

Jul 1, 2016

GUAN ENG TIDAK BERSALAH, APAKAH PAS MASIH MERINDUI DAP?


PAS menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah.
Memetik kenyataan Timbalan presiden PAS,DAtuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam FMT, beliau berkata“PAS tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian,” katanya.
“Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.”
Ini berbeza bila Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali dipecat dan dilucutkan jawatannya, beliau tidak menghadapi sebarang isu salah laku jenayah mahu pun sivil. Malah, umum mengetahui pemecatan beliau dari parti Islam tersebut adalah kerana menentang kemungkaran para pemimpin DAP berhubung isu penjualan arak dan alkohol secara terbuka di petempatan dan kediaman perumahan majoriti umat Islam.
Apabila seorang Ahli Parlimen Parit, YB Hashim Gera (PAS)  didapati berjoget lambak dalam suatu majlis perkahwinan suatu ketika dahulu, beliau juga tidak didapati melakukan sebarang kesalahan jenayah atau sivil. 
Amat pelik pula tatkala Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah menjalani proses siasatan dan didakwa melakukan salah guna kuasa dan rasuah, Timbalan Presiden PAS membela beliau dengan kenyataan "Lim Guan Eng Tidak Didapati Bersalah Sehingga Disabitkan Bersalah Di Mahkamah." 
Bagaimana PAS  boleh menjatuhkan hukuman 'bersalah' ke atas Hassan Ali dan Hashim Gera  yang membawa kepada pemecatan mereka? 
Apakah ini bermakna PAS masih merindui kerjasama politik dengan DAP bagi menghadapi Barisan Nasional?

0 komentar: