Bujang Senang

Bujang Senang

Jul 20, 2016

SALAM TERAKHIR DI FACEBOOK..SEBELUM BUNUH ANAK DAN GANTUNG DIRI



“Assallammualaikum…. Selamat malam semua keluarga2 ku saudara2 ku dan tak lupa buat kwn2 ku yg mengenali dri ini. Di 12syawal yg mulia ini aku dan ank2 ingin memohon seribu kemaafan seandai nya ada salah dan silap… Halalkan makan dan minum dan yg terpakai kmi selama ini. Salam sayang selalu dri ku dan ank2 ku. Igt kami dlm doa kamu. Muaahhh… Wassalam.”


Inilah status terakhir Rohana Mohamad 37 yang menggunakan akaun Siti Nonon pada 17 julai 2016 iaitu 3 hari lepas yang sungguh menyentuh hati bagi sesiapa yang mengenali beliau.Sukar untuk membayangkan ibu jelita ini sanggup untuk membunuh kedua anaknya dan setelah itu mengantung diri di dalam bilik mandi rumah manakala dua anaknya Adam Hadiman Noorahman 7 dan Mohd Ikmal Danih Noorahman 4 dijumpai dalam bilik tidur berdasarkan pada gambar-gambar yang terdapat dalam facebook beliau.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun menolak wujudnya suspek lain yang terlibat.


“Namun kita masih meneruskan siasatan dari segala aspek,” katanya.

0 komentar: