Bujang Senang

Bujang Senang

20 Jul 2016

LORI TENTERA BERPELANCAR ROKET DI KAWASAN CYBERJAYA


Cyberjaya--Dua lelaki di tangkap dalam sebuah lori tentera berpelancar roket setelah dilihat berkeliaran di jalan Semarak Api berhampiran Universiti Multimedia Cyberjaya .

Difahamkan anggota polis yang sedang menjalankan tugas RCJ semalam lebih kurang jam 1130 pagi di kawasan Cyberjaya telah terima maklumat dari orang awam mengatakan ada sebuah lori tentera berpelancar roket berkeliaran di kawasan Cyberjaya.


Hasil rondaan dan pemerhatian ke atas maklumat yang diterima dan semasa sampai di Jalan Semarak Api berhampiran University Multimedia Cyberjaya mereka telah nampak sebuah Jeep mirip Angkatan Tentera beserta dua pelancar roket di atas badan Jeep sedang melalui jalan tersebut.

Anggota polis terus menghampiri lori tersebut dan diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.
dan seterusnya membawa lori tersebut ke Balai Cyberjaya untuk tindakan lanjut.

0 komentar: