Jul 20, 2016

Kematian tiga beranak di Samarahan kini diklasifikasikan kes bunuh


Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, polis kini mengklasifikasikan kes tersebut di bawah seksyen 302, Kanun Keseksaan dan bukan lagi kerana mati mengejut seperti yang dilaporkan sebelum ini.
“Polis sedang meneliti laporan perubatan bagi tujuan membantu siasatan kes berkenaan, termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian ketiga-tiga mangsa.
“Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak kini mengambil alih siasatan kes ini, dengan siasatan turut menjurus kepada perlakuan jenayah dalam kes penemuan mayat tiga sekeluarga ini.
Polis kini memulakan siasatan dari pelbagai aspek mengenai tiga beranak yang ditemui mati di Kampung Baru, Kota Samarahan malam tadi, dengan si ibu dijumpai tergantung di dalam bilik tandas.

Namun ada sumber yang memberitahu ,pihak polis sebenarnya telah mengesan bahawa perempuan ini telah di bunuh terlebih dahulu sebelum di gantung dengan menggunakan tali plastik dan ketinggian kaki hampir mencecah lantai.terdapat juga lebam di muka dan badannya dan lidahnya tidak terkeluar seperti kebiasaan orang yang mati tergantung.Sim kad dalam handphone nya juga telah dikeluarkan dan difahamkan bahawa mangsa bukan dari keluarga yang susah dari segi kewangan.
Dalam kejadian sekitar awal malam semalam, seorang ibu dan dua anaknya ditemui mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru di Kota Samarahan.
Mayat ibu terbabit , Rohana Mohamad, 37, ditemui tergantung di dalam tandas di rumah tersebut, manakala dua anaknya, Adam Hadiman Noorahman, 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman, 4 dijumpai di dalam bilik tidur.
Polis turut menemui botol cecair peluntur di sebelah mayat kanak-kanak ini.
Ketika ditemui Adam Hadiman telah pun meninggal dunia manakala adiknya, Mohd Ikmal Danish berada dalam keadaan kritikal.
Mohd Ikmal Danish bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan.
Wanita berkenaan tidak bekerja dan duduk bersama-sama ibu dan bapa angkatnya di rumah itu, yang pada hari kejadian bermalam di kebun mereka.

Difahamkan mangsa tidak tinggal bersama-sama suaminya sejak setahun lebih dan sedang dalam proses perceraian.
Sementara itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Masli Jalir, 55, memberitahu mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum hari kejadian.
“Malah sewaktu kunjungan Aidilfitri baru-baru ini, mangsa dan kedua-dua anaknya seperti biasa, gembira dan tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan.
Kejadian itu disedari apabila adik mangsa membaca surat yang ditinggalkan di rumah keluarga asalnya yang mengatakan mangsa akan bermalam di rumah ibu bapa angkatnya.
“Apabila dihubungi melalui telefon, mangsa gagal untuk menjawab. Justeru adik dan anaknya pergi ke rumah berkenaan, namun panggilan dan ketukannya tidak bersahut.
“Anak saudara mangsa kemudian memanjat tingkap rumah berkenaan dan membuka pintu yang berkunci daripada bahagian dalam.
Setelah itu, katanya, anak saudara mangsa kemudian pergi ke tandas untuk mencuci kaki, sebelum menjumpai mayat mangsa tergantung.
“Anak saudaranya itu memaklumkan perkara itu kepada ibunya, sebelum mereka bergegas mencari anak-anak mangsa, yang kemudian dijumpai terbaring di atas katil di dalam bilik tidur.” 


0 komentar: