Bujang Senang

Bujang Senang

Jul 15, 2016

LELAKI DITUDUH BUNUH BILL KAYONG DI TANGKAP


SUSPEK pembunuhan Bill Kayong dibawa untuk dituduh di Mahkamah Majistret Miri pagi tadi.

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong, bulan lalu. Tertuduh, Mohamad Fitri Pauzi, 29, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh. Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Lovely Nastasya, Mohamad Fitri dituduh membunuh Bill Kayong pada jam 8.20 pagi di Persimpangan Lampu Isyarat berhampiran pasar raya E-Mart, Jalan Miri-Kuala Baram pada 21 Jun lalu. Sementara itu, Lie Chang Loon, 37, bersama tiga lelaki yang masih bebas dituduh bersubahat bersama Mohamad fitri pada masa kejadian. Mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama. Pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Iskandar Ahmad, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Ranbir Singh Sangha. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, berkata dua suspek lain dibebaskan tanpa syarat, manakala empat individu lagi ditahan semula mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959. Katanya, pihaknya sedang mengesan tiga individu lain yang terbabit dalam kejadian itu.

BH

0 komentar: