Bujang Senang

Bujang Senang

Jul 4, 2016

LAGI KES BUNUH KERANA 'LANGKAU'


Gara-gara ditegur kerana menonton televisyen, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila menikam abangnya menggunakan pisau dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Kuap, Batu 10, Jalan Penrissen, di sini.
Kejadian berlaku sekitar 7.30 malam itu mengakibatkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Jeffery Ah Kiang, 32, meninggal dunia sebelum sempat tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Pergaduhan itu bermula daripada salah faham apabila mangsa melarang suspek menonton televisyen lalu menyebabkan alat kawalan jauh pecah.
Suspek yang berusia 25 tahun kemudian dikatakan mengambil pisau dari dapur lalu menikam mangsa di bahagian dada menyebabkan mangsa rebah dalam keadaan berlumuran darah.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol selepas minum ‘Langkau’.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kejadian memberitahu, pasukan polis bergegas ke lokasi susulan menerima maklumat dan berjaya menangkap suspek.
“Polis turut menemui senjata jenis pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan suspek di kawasan semak,” katanya.
Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Borneo post

0 komentar: