Jul 4, 2016

UMNO Sabah Lega Shafie Apdal Umum Keluar Parti


AKHIRNYA Naib Presiden UMNO yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan keluar parti, hari ini. Shafie Apdal yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna mengumumkan demikian pada program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  sebentar tadi.
Dengan pengumuman tersebut, Umno Sabah berada dalam keadaan lega kerana parti tersebut tidak memerlukan duri dalam daging dalam mengharungi kemelut politik tanahair.
Rakyat Semporna sebenarnya dapat menilai antara intan dan permata.  Tambahan pula, ini merupakan kali pertama beliau kembali ke Semporna sejak digantung keahlian UMNO selepas pulang daripada menunaikan ibadat umrah.
Baru-baru ini Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian Shafie Apdal yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.
MT juga sebulat suara memutuskan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti kerana melanggar disiplin.
Pada 27 Jun lalu, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie.
Bagaimanapun, Ketua Puteri UMNO Semporna, Zakiah Kalipunya menafikan beliau keluar parti, sebaliknya menyatakan akan terus setia bersama UMNO.
Sebelum ini Shafie Apdal turut dikaitkan dengan beberapa orang artis tanahair. Percintaan beliau bersama dua orang artis tersebut dikatakan telah berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Walaubagaimana pun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang pengesahan diperolehi dari kedua-dua artis tersebut.
  • PRU14.tv

0 komentar: